ISU ISU HEDONISME
SUKAKAN KEBENDAAN (
SKIM CEPAT KAYA)
Sejak
akhir-akhir ini, terlihat seolah-olah ada kecenderungan masyarakat untuk
hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di rumah
misalnya, segala kelengkapannya seperti perabot dan perlatan elektrik mestilah
yang serba moden dan canggih. Jika kenderaan pula, bukan sahaja dari
jenama yang terkenal dan mahal, tetapi juga ia harus dilengkapi dengan pelbagai
aksesori “latestaccessories” yang memperlihatkan kehebatan pemiliknya. Begitu
juga dengan pakaian, harus dari jenis yang berjenama dan bergaya.
Selain
itu, jika bersantai ataupun berhibur, harus pula di tempat-tempat yang ada
kelas dan pengaruh budaya hidup serupa inilah yang menyebabkan masyarakat
terus dibebani hutang. (Irffan Khairi.com: 2008), satu kes, seorang mangsa
sanggup mengeluarkan RM100.000 kepada seorang artis setelah dijanjikan pulangan
pelaburan sebanyak 50 peratus. Bagaimanapun apabila mangsa cuba menunaikan
cek imbuhan daripada syarikat artis berkenaan, pihak bank memberitahu
tarikh cek tidak matang, ia tidak boleh ditunaikan dan tiada wang dalam akaun
syarikat itu.
HIBURAN
Antara tunggak utama fahaman hedonisme ini adalah hiburan yang
melalaikan. Namun hiburan yang cuba diketengahkan melalui beraneka slot hiburan
dari rancangan berbentuk realiti, konsert- konsert jalanan hingga ke konsert
yang di taja oleh badan- badan kerajaan. Konsert Karnival Jom Heboh dan juga
konsert- konsert yang lain terus dijamukan kepada masyarakat kita di atas
pelbagai nama dan tema, dianjurkan oleh pelbagai pihak dan syarikat. Konsert
sempena sambutan tahun baru, konsert hari kebangsaan dan bermacam lagi. Contoh
lain ialah Konsert Selena Gomez yang mendapat sambutan hangat terutama di
kalangan remaja.
GANGSTERISME
PENAGIHAN
DADAH
Dadah
atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan.
Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’
dan ‘abuse’. Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk
merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam
badan untuk tujuan-tujuan tertentu
BUDAYA
‘BLACK METAL’
Budaya
Black Metal adalah budaya yang bersendikan kepada pemujaan syaitan. Budaya ini
diasaskan di barat yang terkenal dengan muzik yang berentak keras, bingit serta
liriknya kasar, menjerit serta sebutannya tidak jelas. Mesej yang di bawa dalam
lagu ialah menolak kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan.
Lirik lagu sememangnya liar dan ada yang mengatakan bahawa muzik ini adalah
bunyi syaitan tetapi ia tetap indah pada pengikutnya. Pengikut budaya ini
mengenakan pakaian yang serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu
digariskan di dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima. Logo yang
digunakan oleh mereka adalah berbentuk tengkorak yang sudah menjadi barang
perhiasan yang dipakai oleh para pengikut kumpulan ini. Kumpulan ini juga
diwajibkan menjalani upacara pemujaan syaitan, meminun darah kambing dan
memakai salib yang diterbalikkan.
PUNCA-PUNCA HEDONISME
AKIBAT HEDONISME